Friday, December 3, 2010

Modul Mengurus Tekanan



OBJEKTIF: Mendedahkan kepada para peserta bahawa dalam hidup ini akan wujud pelbagai bentuk tekanan dan memberikan tips kepada mereka bagaimana untuk mengurus tekanan.

FOKUS: Untuk peserta-peserta yang bakal menguruskan organisasi/kem kepimpinan/kem motivasi

MODUS OPERANDI:

1) Peserta dibahagikan kpd beberapa kumpulan (cth untuk 4 kumpulan; 5 orang/kumpulan)

2) Sediakan 4 check point. setiap satu check point akan ada satu tugasan yang perlu diselesaikan mengikut masa yang diberikan.

3) Contoh-contoh tugasan pada setiap point (jika modul ini dikehendaki diselesaikan dalam masa 1 jam; jadi kena pandai budget masa untuk setiap tugasan supaya peserta tidak dapat selesaikan tugasan untuk setiap check point)

a) check point 1 : mengasingkan kekacang mengikut jenis. 4-5 jenis kekacang(kacang merah, hijau dll) diletakan sekali dalam sebuah dulang. peserta dikehendaki mengasingkan kacang-kacang tersebut mengikut jenis-jenisnya.

b) check point 2 : benang perlbagai warna disimpulkan secara serabut. peserta dikehendaki menguraikan simpulan tersebut bagi mengasingkan benang mengikut warna.

c) check point 3 : setiap orang dalam kumpulan dikehendaki menjalankan satu sub-tugasan secara individu. (cth: si A dikendaki membawa sebuah barang yang sangat berat; si B dikehendaki membersih sekeliling ruang; si C dikendaki menggali lubang yang sedalam 7 kaki; si D dikendaki buat sandwich dan bancuh teh; si E dikehendaki membina sebuah bangsal)

d) check point 4 : peserta dikehendaki menyelesaikan sebuah binaan (cth: menara warisan 100 tingkat) dengan menggunakan bahan-bahan tertentu. Tetapi barang-barang untuk membuat binaan tersebut telah disembunyikan ditempat yang berlainan. Peserta dikehendaki mencari bahan-bahan tersebut mengikut hint yang diberikan. (contoh bahan binaan: kertas manila; kertas warna; gunting; gam; kotak; bendera Malaysia; gambar perdana menteri)


RASIONAL:

Setiap tugasan yang dibuat untuk menimbulkan tekanan pada setiap peserta. Disini kita akan mendedahkan kepada peserta bentuk-bentuk tekanan yang akan timbul samada dalam organisasi mahupun kehidupan mereka sendiri. Contohnya pada check point 1 dan 2, mereka dikehendaki mengasingkan kekacang pelbagai warna dan ikatan benang yang bersimpul. Disini akan lahirnya tekanan dalam diri mereka kerana memang susahkan untuk menyelesaikan tugsan tersebut disamping masa yang terhad. Dan mungkin sahaja ada dikalangan peserta yang akan berputus asa untuk menyelesaikan tugasan dan akibatnya, tugasan dilakukan dengan sambil lewa. Fasilitator akan memainkan peranan dengan menyamakan tugasan tersebut dengan keadaan realiti yang sebenar sebagai contoh apabila mereka dikenhendaki untuk membuat suatu program besar dan banyak perkara harus diselesaikan. Dan jika dalam keadaan begini ada yang berputus asa, maka tekanan akan bertambah. Disinilah pentingnya sokongan dan kerjasama untuk mengurangkan tekanan yang wujud.

Pada check point 3, tugasan dibuat bertujuan mewujudkan tekanan pada individu dalam sesuatu kumpulan atau organisasi. Setiap individu telah diberikan tugasan yang berbeza dan setiap tugasan sebenarnya sangat sukar untuk dibuat berseorang. Maka nanti akan timbul tekanan kerana mereka merasakan sangat terbeban untuk melakukan seorang diri sedangkan masing-masing hanya sibuk membuat tugasan sendiri. Mereka lupa bahawa mereka adalah dalam satu kumpulan. Begitulah dalam sesebuah orgnisasi, pabila masing-masing sibuk dengan urusan/program sendiri, mereka lupa rakan sepasukan mereka perlukan bantuan. Jika keadaan ini berlarutan dalam sesuatu organisasi maka akan wujudlah tekanan sesama ahli.

Manakala di check point terakhir, check point 4; diwujudkan sebenarnya untuk mengajar peserta bahawa tekanan boleh dikurangkan pabila adanya strategi yang sistematik dalam melakukan kerja. Dalam tugasan tersebut mereka diminta untuk membuat suatu binaan tetapi bahan-bahan perlu dicari dan masa sangat suntuk. Maka beginilah keadaannya pabila mereka kelak ingin membuat sesuatu kerja tetapi tiada perancangan dan pabila saat-saat akhir barulah kelam kabut mencari kurang sana sini. Perancangan yang baik akan melanjarkan kerja dan dapat mungurangkan tekanan.


Saturday, November 27, 2010

Modul: Double Letter

Saiz kumpulan : max. 25 orang

Cadangan masa : 10-25 minit

Objektif :
1) Mengenali nama antara peserta-peserta.
2) Memulakan ‘ice breaking’ antara para peserta dalam keadaan ‘enjoy’.

Modus Operandi:

1. Minta para peserta untuk duduk dalam kumpulan.

2. Minta para peserta untuk memikirkan satu perkataan yang menarik yang bermula dengan huruf pertama nama mereka (contoh: Harum Hanisah, Fuhyoo Fazrena, Awesome Asma).

3. Para peserta dikehendaki merahsiakan perkataan tersebut sehinggalah sampai giliran mereka untuk berkongsi dengan ahli kumpulan yang lain.

4. Peserta pertama akan mengenalkan dirinya menggunakan ‘double letter’ kemudian peserta di sebelah kanan peserta pertama akan mengenalkan nama ‘double letter’ peserta pertama dan nama ‘double letter’ dirinya sendri. Dan begitulah untuk peserta seterusnya, mereka perlu mengulang ‘double letter’ orang disebelahnya dan kemudian dirinya sendiri.

5. Proses ini berterusan sehinggalah peserta terakhir dalam bulatan tersebut perlu menyebut semua peserta dalam bulatan dengan ‘double letter’ masing dan mengenalkan dirinya sendiri.

6. Permainan tamat apabila semua peserta dalam kumpulan telah mengenalkan diri mereka dengan ‘double letter' masing-masing.


Tuesday, November 16, 2010

Modul: Sayang Ibu Bapa

 
Tajuk: Kadku Cantik!

Sasaran:
Pelajar sekolah rendah - sekolah menengah

Peralatan:
Kertas warna-warni
Marker warna-warni
Gam
Gunting
Pen/Pensel

Tujuan:
  1. Menyedarkan anak-anak mengenai pengorbanan ibu bapa sejak dilahirkan
  2. Melahirkan rasa kasih dan sayang dalam hati anak-anak kepada ibu bapa

Modus Operandi:
  1. Ketua fasi mengumpulkan peserta dalam satu kumpulan besar.
  2. Ketua fasi bercerita mengenai ibu bapa, bertanya kepada peserta siapa yang sayang kepada ibu bapa masing-masing, siapa yang pernah tidak punya perasaan apa-apa terhadap ibu bapa.
  3. Ketua fasi bertanya bukti peserta sayang kepada ibu bapa (contoh jawapan: doa, hadiah, kad).
  4. Ketua fasi bertanya siapa yang pernah memberi kad kepada ibu bapa.
  5. Ketua fasi memberitahu hari ini adalah Hari Ibu & Bapa, peserta dikehendaki menghasilkan kad untuk mengucapkan Selamat Hari Ibu & Bapa. Peserta perlu berusaha menghasilkan kad yang paling cantik untuk ibu bapa masing-masing dalam masa 15 minit.